Jumaat, 25 Mei 2018

DAUN PUCUK GAJUS

Anda kenal tumbuhan ini? pasti kenalkan...
Daun Gajus ni mmg bagus dibuat ulam...
dek kerana khasiatnya yg tinggi, daun ni mmg terkenal
di kalangan org2 yg mementingkan kesihatan...

JOM TENGOK MCMANA NAK AMALKAN ULAMAN DAUN GAJUS NI...?

PETUA DAUN GAJUS
1. Makan begitu sahaja
- Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya.
- Jadikan pucuk gajus ini sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.
2. Minum air rebusan
- Seperti biasa, ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.
- Rebus pucuk gajus tadi sehingga mendidih.
- Bila sudah mendidih, anda biarkan ia suam dan minumlah air rebusan tersebut.
Anda boleh mengamalkan minum air rebusan ini setiap hari jika terdaya. Sebabnya ia bukan setakat untuk awet muda, malah baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.

Khamis, 24 Mei 2018

RENDAMAN KAKI BOREH SUPERHERBS

KEBAIKAN RENDAMAN KAKI/FOOT BATH

Duduk atau berdiri terlalu lama, kurang bersenam, memakai kasut tinggi atau berumur menjadikan metabolisme rendah pada tapak kaki dan otot-otot kaki menjadi tegang.

Merendam kaki dengan Boreh Rendaman Kaki dapat melancarkan peredaran darah pada bahagian kaki, meningkatkan metabolisme badan, serta membuatkan tidur anda lebih nyenyak..

Boreh Rendaman Kaki dari bahan-bahan tradisional alami seperti herba, garam, limau nipis dan bahan-bahan tradisional lainnya.

Manfaat lain Boreh Rendaman Kaki
- Melembabkan kulit kaki yang kering
- Melancar serkulasi darah pada bahagian kaki
- Melembutkan serta memutihkan kulit kaki
- Menghilangkan bau kaki
- Menyihatkan kulit kaki
- Menghilangkan kegatalan kulit
- Menghilangkan rasa penat & stress pada kaki

Hubungi
Akak SB HOME_MOBILE SPA
017-4785420

Sabtu, 12 Mei 2018

KHASIAT DAUN BELALAI GAJAH DAN EPAL HIJAU

UNTUK pesakit cancer tahap 4..blend 100 helai daun gajah+sebiji epal hijau dan minum..usaha dan tawakal selebihnya serahkan kpd Allah..dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali..
Daun Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass atau Clinacanthus Nutans sudah terbukti mampu membantu penderita penyakit kanser, radang prostat, masalah buah pinggang, kolesterol, darah tinggi, gout, diabetes, saluran darah tersumbat dan membuang toksik dalam badan. Kajian mendapati ekstrak daun ini tidak mengandungi toksin. Ia mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai jenis mineral, vitamin dan asid amino yang diperlukan oleh badan. Ia merupakan agen antioksida yang baik.
Cara menyediakan ramuan jus untuk pesakit kanser:

Tahap 1: 30 helai setiap hari.

Tahap 2: 50 helai setiap hari.

Tahap 3: 100 helai setiap hari,

Tahap 4: 150-200 helai setiap hari.

Kisar daun itu dengan sebiji epal hijau dan minum setiap pagi, sebaiknya jangan ditapis.Biarkan ia berserat. Ini baik untuk penyembuhan. Ketika mengamalkan jus tersebut, hendaklah berpantang daripada makanan tinggi gula, madu, ikan kembung, daging ayam, daging itik, keladi, pulut dan mentega. Akarnya mengandungi betulin dan sebatian triterpenoids. Daunnya yang kering mengandungi protein mentah > 45%, dan 17 jenis amino asid, kandungan vitamin C dan kalsium yang tinggi, serat, dan mineral seperti besi, zink, mangan, tembaga dan nikel. Kandungan fosforus, kalsium dan magnesiumnya juga tinggi.

๐Ÿ‡ฒ ๐Ÿ‡ฆ ๐Ÿ‡ณ ๐Ÿ‡ซ ๐Ÿ‡ฆ ๐Ÿ‡ฆ ๐Ÿ‡น  ๐Ÿ‡ญ ๐Ÿ‡ช ๐Ÿ‡ท ๐Ÿ‡ง ๐Ÿ‡ฆ  ๐Ÿ‡ง ๐Ÿ‡ด ๐Ÿ‡ท ๐Ÿ‡ช ๐Ÿ‡ญ 

Herba boreh mempunyai pelbagai khasiat, terutamanya dalam rawatan tradisional untuk kesihatan dan kecantikan.  Antar...