Persiapan untuk customer pagini
Sabtu, 21 Julai 2018
SAUNA HERBS,LULUR HERBA,MANDIAN HERBA FULL BODY MASSAGE
Persiapan untuk customer pagini
Sabtu, 14 Julai 2018
Khasiat buah limau purut
Inilah si limau purut yang banyak khasiat tersembunyi. Biarpun rupanya berketak2 dan tidak ensem, tapi apa ada pada rupa kan? Yang penting banyak kelebihannya. Nak tahu? Let's read uolls.. ;)
15 Kelebihan Buah Limau Purut Yang Mungkin Anda Tak Tahu
=================================================
Limau purut amat popular digunakan dalam masakan Kemboja, Melayu, Myanmar dan Indonesia. Daunnya boleh digunakan dalam keadaan segar mahupun setelah dikeringkan.
Selama berkurun lamanya, daun limau purut telah digunakan sebagai bahan mengawet makanan dan menjadikannya lebih membuka selera. Jom semak nikmat lain tentang limau purut.
1. Limau purut juga digunakan sebagai pembersih dan dalam penyediaan perubatan herba dan tradisional.
2. Dalam perubatan tradisional, air buah limau purut dipercayai mampu digunakan dalam jampi untuk mengalih semangat jahat dan menyegarkan mental individu.
3. Daun dan buah limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan.
4. Ekstrak daun limau purut mempunyai sifat anti-pertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.
5. Daun limau purut dikatakan boleh digosok pada gusi dan gigi untuk tujuan menyihatkan gigi.
6. Minyak yang diekstrak daripada daun limau purut pula dikatakan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya, digunakan dalam produk-produk mandian seperti sabun dan syampu.
7. Minyaknya juga merupakan pencuci rambut dan kulit kepala.
8. Air buah limau purut dikatakan boleh digunakan untuk tujuan mencuci pakaian.
9. Ada yang menggunakannya sebagai peluntur semula jadi untuk membuang kesan kotor yang sukar dicuci.
10. Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa awet muda. Tambahkan beberapa titis minyak atau hancurkan beberapa helai daunnya dalam air mandian anda.
11. Digunakan sebagai salah satu bahan untuk mandi wap. Dikatakan fikiran negatif akan hilang sekali gus memberi minda dan tubuh fikiran positif.
12. Minyaknya juga dikatakan digunakan sebagai tonik untuk membantu masalah pencernaan dan membersihkan darah.
13. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.
14. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
15. Daun limau purut juga mampu merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
๐ฒ ๐ฆ ๐ณ ๐ซ ๐ฆ ๐ฆ ๐น ๐ญ ๐ช ๐ท ๐ง ๐ฆ ๐ง ๐ด ๐ท ๐ช ๐ญ
Herba boreh mempunyai pelbagai khasiat, terutamanya dalam rawatan tradisional untuk kesihatan dan kecantikan. Antar...
-
๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ก ๐๐๐ซ๐ @ ๐๐ซ๐ฎ๐ญ ๐๐๐ญ๐ข๐ง ๐๐๐ง๐ข๐ญ๐ . . ๐๐ข๐ฎ๐ข๐ช ๐ด๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ต ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ด๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ง๐ข๐ฉ๐ข๐ฎ...
-
Urutan kaki dengan menggunakan haba batu panas boleh memberikan pelbagai kebaikan kesihatan dan kesejahteraan. Berikut adalah be...
-
๐ง๐ต๐ฎ๐ป๐ธ ๐๐ผ๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐ ๐บ๐๐ฐ๐ต ๐ ๐ฟ๐ ๐๐ฎ๐ป & ๐ ๐ฟ ๐ช๐ถ๐น๐น๐ถ๐ฎ๐บ๐ ๐ณ๐ฟ๐ผ๐บ ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐ณ๐ผ๐ฟ ๐๐ผ๐๐ฟ ๐๐๐ฝ๐ฝ...