Persiapan untuk customer pagini
Sabtu, 21 Julai 2018
SAUNA HERBS,LULUR HERBA,MANDIAN HERBA FULL BODY MASSAGE
Persiapan untuk customer pagini
Sabtu, 14 Julai 2018
Khasiat buah limau purut
Inilah si limau purut yang banyak khasiat tersembunyi. Biarpun rupanya berketak2 dan tidak ensem, tapi apa ada pada rupa kan? Yang penting banyak kelebihannya. Nak tahu? Let's read uolls.. ;)
15 Kelebihan Buah Limau Purut Yang Mungkin Anda Tak Tahu
=================================================
Limau purut amat popular digunakan dalam masakan Kemboja, Melayu, Myanmar dan Indonesia. Daunnya boleh digunakan dalam keadaan segar mahupun setelah dikeringkan.
Selama berkurun lamanya, daun limau purut telah digunakan sebagai bahan mengawet makanan dan menjadikannya lebih membuka selera. Jom semak nikmat lain tentang limau purut.
1. Limau purut juga digunakan sebagai pembersih dan dalam penyediaan perubatan herba dan tradisional.
2. Dalam perubatan tradisional, air buah limau purut dipercayai mampu digunakan dalam jampi untuk mengalih semangat jahat dan menyegarkan mental individu.
3. Daun dan buah limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan.
4. Ekstrak daun limau purut mempunyai sifat anti-pertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.
5. Daun limau purut dikatakan boleh digosok pada gusi dan gigi untuk tujuan menyihatkan gigi.
6. Minyak yang diekstrak daripada daun limau purut pula dikatakan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya, digunakan dalam produk-produk mandian seperti sabun dan syampu.
7. Minyaknya juga merupakan pencuci rambut dan kulit kepala.
8. Air buah limau purut dikatakan boleh digunakan untuk tujuan mencuci pakaian.
9. Ada yang menggunakannya sebagai peluntur semula jadi untuk membuang kesan kotor yang sukar dicuci.
10. Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa awet muda. Tambahkan beberapa titis minyak atau hancurkan beberapa helai daunnya dalam air mandian anda.
11. Digunakan sebagai salah satu bahan untuk mandi wap. Dikatakan fikiran negatif akan hilang sekali gus memberi minda dan tubuh fikiran positif.
12. Minyaknya juga dikatakan digunakan sebagai tonik untuk membantu masalah pencernaan dan membersihkan darah.
13. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.
14. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
15. Daun limau purut juga mampu merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
Khamis, 21 Jun 2018
RAWATAN KAKI HERBA
路路路路路路路
TANPA MEMERLUKAN ANDA UNTUK KELUAR DARI RUMAH
.
.
.
CUPPPP......CUPPP
SHARE DAN TAG 5 RAKAN ANDA YANG MENGALAMI MASALAH SEPERTI DALAM GAMBAR...
(termasuk anda menjadi 6 Org)
✔️路路路路路路
BUKAN SAHAJA MERAWAT MALAH, IANYA MEMBANTU DLM MENINGKATKAN PEREDARAN DARAH DARI KAKI KE SELURUH BADAN...
✔️RM50 SAHAJA....
✔️LAMBAT BOOKING..
✔️MENYESAL TAK SUDAH
Rabu, 20 Jun 2018
SAUNA HERBS
SEELOKNYA BUAT YANG NI SEBELUM MEMULAI URUTAN
Betapa nikmat dan selesanya ketika tubuh yang lesu letih dibelai
Bermandikan wap herba yang harum semerbak,membuka setiap liang pori-pori
Ditambah belaian scrub herba yang menambahkan lagi kesedapan dan kehalusan kulit
Dibilas dengan air rebusan gabungan 17 jenis herba terpilih terasa bagaikan sang puteri.
Dan ketika jemari mulai meratakan setiap titis minyak urutan beraromakan serai wangi , badan semakin terbuai buai, mata sayu dan kuyu , dan tak lama mimpi pun bertandang.
Terdengar sayup sayup suara memanggil dengan nada lembut dan sopan
"Kak...dah siap yer"...😅
Dengan berat, mata pun dibuka perlahan...ermmm rasa nak sambung bermimpi main main disyurga bersama bidadari bidadari yang jelita
Apakan daya,rupa rupanya dah siap semua😆😆
TERIMA KASIH SIS SABRINA LATIFAH Kerana mempercayai service dr kami
for booking
📲📲 www.wasap.my/60174785420
Isnin, 18 Jun 2018
HUJAN2 NI PEKENA KOPI O dulu
⛈️⛈️⛈️Hujan hujan yang romantic dalam suasana yang dingin(ala ala Cameron kan)😂
Akak SB pun capailah herba boreh buat mandian ala ala orang kampung...tujuan untuk cergaskan badan..🤷🤷🤷
Lepas mandi terus rasa seindah suria...💃💃💃💃
Dengan pantas menuju ke dapur untuk bancuh kopi..🍮🍮
Opkos kopi herba...(kopi o campur hujung camca ja boreh) opps..akak SB guna Gula kabong na bukan Gula putih..
Dah siap bancuh kopi herba..terus ja tengok hand phone..(kerja macam akak ni memang banyak dengan Henpon..TV memang akak tak tengok sebab akak tak minat nonton2 TV ni☺☺ ...
Sambil sambil menghirup kopi herba tadi...tunggu ja satgi bom nuclear toksin keluar😂
Biarlah dia keluar..badan pun sihat Dan cergas...
🤣🤣🤣😉😉
Khamis, 7 Jun 2018
Lulur Herba boreh @Body scrub
💁Hari ini akak nak share sikit pasal kebaikan scrub atau lulur badan untuk awak2 semua.🤷🤷
Sapa suka buat scrub. Best kan??🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
Scrub atau lulur badan ni dah sebahagian dari rutin penjagaan badan.
Walau sibuk macam mana pun tetap kena sental sekejap.
Kebaikan Lulur/Scrub
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
➡️ Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
➡️ Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
➡️ Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku & celah ketiak.
➡️ Mengurangkan tekanan & keletihan.
➡️Mengekalkan tenaga.
➡️Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
➡️ Memperbaiki tekstur kulit.
➡️Mengurangkan dehidrasi
➡️ Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori.
➡️Mengembalikan warna kulit supaya sekata.
➡️Menghilangkan warna kulit
berbelang.
➡️ Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.
➡️Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.
➡️ Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.
📲📲www.wasap.my/60174785420
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
Jumaat, 25 Mei 2018
DAUN PUCUK GAJUS
Anda kenal tumbuhan ini? pasti kenalkan...
Daun Gajus ni mmg bagus dibuat ulam...
dek kerana khasiatnya yg tinggi, daun ni mmg terkenal
di kalangan org2 yg mementingkan kesihatan...
JOM TENGOK MCMANA NAK AMALKAN ULAMAN DAUN GAJUS NI...?
PETUA DAUN GAJUS
1. Makan begitu sahaja
- Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya.
- Jadikan pucuk gajus ini sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.
2. Minum air rebusan
- Seperti biasa, ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.
- Rebus pucuk gajus tadi sehingga mendidih.
- Bila sudah mendidih, anda biarkan ia suam dan minumlah air rebusan tersebut.
Anda boleh mengamalkan minum air rebusan ini setiap hari jika terdaya. Sebabnya ia bukan setakat untuk awet muda, malah baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.
🇵 🇷 🇴 🇲 🇴 🇸 🇮 🇸 🇵 🇦 🇴 🇰 🇹 🇴 🇧 🇪 🇷 2026 | 🇭 🇦 🇳 🇾 🇦 🇷 🇲 120 🇸 🇦 🇭 🇦 🇯 🇦
Nikmati ketenangan minda dan lepaskan kepenatan badan dengan Promosi Eksklusif Bulan Oktober 2026 di Sherry Spa & Beauty! Ha...
-
Herba boreh mempunyai pelbagai khasiat, terutamanya dalam rawatan tradisional untuk kesihatan dan kecantikan. Antar...
-
PRENATAL MASSAGE (Urutan Ibu Hamil) Ramai yang tanya, " Boleh ka mengurut time mengandung ? Jawapannya.. BOLEH. Dapatkan ...
-
Dalam Rawatan Tradisional, Selepas Mengurut Tubuh Berada Dalam Keadaan Terbuka Angin, Urat Pun Masih Lembut, Darah Baru Berjalan...