Ahad, 6 Januari 2019

Urutan menaikkan seri wajah

5 Manfaat Urutan wajah Untuk Kecantikan Dan Kesihatan Kulit Wajah

Kamu suka diurut? Pernah buat urutan wajah tak?
Urutan badan mesti biasa buat kan...bagus bagus bagus. Akak SB pun suka diurut dan mengurut.

Awak tahu...wajah walaupun tidak seperti badan yang selalu rasa lenguh... tetapi amat penting juga untuk mengurut wajah anda. Ia merupakan rawatan paling asas pada wajah.  Urutan wajah bukan sahaja memberikan rasa rileks malah membantu wajah lebih cantik berseri.


Bukan Sekadar Tubuh Sahaja Perlu Di urut, Malah Wajah Anda Sangat Memerlukan Rawatan Urutan. Apa Kepentingannya?

1. Aliran darah di wajah akan jadi lebih lancar, wajah selalu sihat dan berseri. Wajah yang kusam, kering dan tidak bermaya akibat dari aliran darah yang tidak lancar, metabolisme yang kurang baik dan oksigen yang kurang tersebar.

2. Urutan wajah mampu menyingkirkan kotoran dan racun yang tertempel di wajah. Kotoran yang berasal dari debu, sisa make up dan sel kulit mati menyebabkan pori-pori tersumbat. Mencuci tidak semestinya dapat mengeluarkan semua kotoran. Jadi salah satu cara lain adalah dengan melakukan urutan di wajah.

3. Urutan lembut di wajah dapat memberikan rangsangan rilek dan tenang. Otot yang tegang akibat stress akan mengendur dan mengurangkan rasa stress.  Urutan disekeliling mata mampu membantu mengurangkan lingkaran hitam dan sembab mata.

4. Urut wajah selalu dapat melambatkan proses penuaan. Anda kelihatan muda dari usia.

5. Rutin mengurut wajah membuatkan kulit jadi lebih efektif dalam menyerap air dan sekaligus menjadikan pelembap wajah. Kulit akan selalu terjaga kelembapan dan kelembutannya, tidak mudah kering, pucat dan kusam.

Dapatkan urutan wajah yang betul, agar wajah anda sentiasa kelihatan berseri dan bertenaga. Memancarkan aura positif dan manis dan berseri selalu.
Yesssss!!!!!

Mari Pelajari Teknik-teknik Urutan Wajah Anda ;

Tiada ulasan:

๐Ÿ‡ฒ ๐Ÿ‡ฆ ๐Ÿ‡ณ ๐Ÿ‡ซ ๐Ÿ‡ฆ ๐Ÿ‡ฆ ๐Ÿ‡น  ๐Ÿ‡ญ ๐Ÿ‡ช ๐Ÿ‡ท ๐Ÿ‡ง ๐Ÿ‡ฆ  ๐Ÿ‡ง ๐Ÿ‡ด ๐Ÿ‡ท ๐Ÿ‡ช ๐Ÿ‡ญ 

Herba boreh mempunyai pelbagai khasiat, terutamanya dalam rawatan tradisional untuk kesihatan dan kecantikan.  Antar...