#infosihat
BELL’S PALSY: LUMPUH PADA MUKA
.
Bell's palsy ialah KELUMPUHAN MUKA SEMENTARA disebabkan oleh KEROSAKAN atau TRAUMA pada SARAF MUKA. Saraf muka perlu melalui laluan yang sempit pada tengkorak untuk sampai ke otot muka. Ini akan menimbulkan masalah apabila saraf muka MEMBENGKAK.
.
Saraf muka mengendalikan otot-otot yang bertanggung jawab untuk mata berkelip dan tertutup, ekspresi muka seperti senyum, mengerutkan dahi. Saraf muka juga menghantar impuls/isyarat ke kelenjar air mata, kelenjar air liur dan juga memberikan deria rasa pada lidah.
.
Apabila Bell's palsy berlaku, fungsi saraf muka terganggu, menyebabkan gangguan penghantaran isyarat daripada otak ke otot muka. Gangguan ini menyebabkan kelemahan muka atau lumpuh.
.
Keadaan ini diberi nama sebagai Bell's palsy sempena nama Sir Charles Bell, iaitu pakar bedah Scotland pada abad ke-19.
.
Bell's palsy bukanlah strok. Kebiasaannya, Bell's palsy hanya mengganggu pada sebelah muka sahaja. Tetapi, dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menyebabkan lumpuh pada kedua-dua belah muka.
.
Apakah gejala Bell's palsy?
.
Gejala Bells palsy boleh berbeza mengikut individu. Ada yang hanya mengalami rasa lemah pada otot muka dan ada juga yang mengalami kelumpuhan kekal pada otot muka. Gejala Bell's palsy termasuklah rasa lemah pada sebelah muka, lumpuh sebelah muka, kelopak mata jatuh, hilang deria rasa, rasa sakit pada rahang dan belakang telinga, bunyi berdesing dalam telinga, sakit kepala, pertuturan yang tidak jelas, sukar untuk makan atau minum.
.
Macam mana Bell's palsy boleh terjadi?
.
Bells palsy berlaku apabila saraf yang mengawal otot muka bengkak, meradang, atau terhimpit dan mengakibatkan kelemahan atau lumpuh pada muka. Kebanyakan saintis percaya bahawa jangkitan virus virus selesema herpes simplex-l yang menyebabkan keadaan ini berlaku.
.
Apabila berlaku jangkitan virus, badan akan bertindak balas lalu menyebabkan saraf muka MEMBENGKAK dan MERADANG. Oleh kerana laluan bagi saraf muka memang sudah sempit, saraf muka akan terhimpit apabila ia mula membengkak. Himpitan tersebut akan menyebabkan kurangnya pengaliran oksigen kepada saraf.
.
Bell's palsy juga dikaitkan dengan influeza, sakit kepala, jangkitan kronik pada telinga tengah, tekanan darah tinggi, diabetes, sarcoidosis, tumor, penyakit Lyme, dan trauma seperti patah tengkorak atau kecederaan muka.
.
Siapa yang boleh terkena Bell's palsy ni?
.
Lelaki dan wanita boleh mengalami keadaan ini dalam nisbah yang sama rata. Ia turut terjadi kepada semua lapisan umur.
.
Tiada sebarang ujian yang dapat menentukan bahawa anda mempunyai Bell's palsy. Bell's palsy merupakan 'diagnosis of ecxlusion' iaitu doktor akan mendiagnos anda sebagai Bell's palsy seandainya penyakit-penyakit lain telah ditolak.
.
Bell's palsy ni ada rawatan ke?
.
Sekiranya doktor menganggap Bell's palsy yang sedang anda alami disebabkan oleh virus herpes (herpes simplex 1) ataupun kayap (herpes zoster), anda akan diberi ubat antiviral seperti acyclovir. Tetapi tiada kajian yang menunjukkan bahawa ubat ini dapat mengurangkan gejala Bell's palsy.
.
Doktor juga akan menasihatkan anda untuk menjaga mata anda. Oleh kerana anda tidak dapat menutup mata, anda perlu memakai penutup mata. Sekiranya mata anda kering, gunakan ubat titis pada mata.
.
Rawatan untuk Bell's palsy termasuklah ubat ubatan, rangsangan elektrik ataupun gabungan pelbagai jenis rawatan.
.
Boleh sembuh ke?
.
Prognosis untuk individu dengan Bell's palsy umumnya sangat baik. Dengan atau tanpa rawatan, kebanyakan orang mula menjadi lebih baik dalam masa 2 minggu. Fungsi saraf akan kembali normal dalam tempoh 3 hingga 6 bulan.
.
Tetapi ada juga pesakit yang mengambil masa lebih lama untuk sembuh dan ada juga yang tidak sembuh sepenuhnya, ini jarang.
.
.
Jangan lupa "SHARE" artikel ini dengan kenalan anda ๐
.
๐จ⚕ Nak Kami kerumah Anda?
Atau Anda boleh datang ketempat kami
www.wasap.my/60174785420/Bellpalsymassage
Sumber imej: carian Google
Tiada ulasan:
Catat Ulasan