Selasa, 17 Mac 2020

BENTAN

BENTAN........

Apa itu bentan selepas bersalin?
Bentan ialah sakit semula selepas hampir sembuh dari rawatan bersalin/pantang. 

Kenapa berlaku?
Kerana ibu tidak betul betul menjaga diri semasa dalam pantang terutamanya bab makan dan pergerakan fizikal. Mungkin luaran kelihatan sudah sihat walafiat namun dalaman badan masih belum sembuh sepenuhnya.

Bila risiko kena bentan? 
- Dalam pantang
- Penghujung pantang
- Selepas habis pantang

Antara tanda tanda:
- Badan seram sejuk seperti nak demam
- Bisa bisa badan
- Sakit urat
- Sakit sakit badan
- Sakit pinggang
- Sakit tumit
- Paling bahaya, tumpah darah.

Tempoh alami bentan:
Ambil masa juga untuk sembuh. Mungkin  berminggu hingga berbulan untuk pulih, bergantung kepada keadaan badan ibu dan rawatan. Seolah mula berpantang semula. 

CARA ELAK dan kurangkan bentan: 

1. Rehat.
Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, tidak terlalu aktif atau mengangkat benda benda berat.

2. Urutan. 
Pastikan berurut dengan tukang urut yang pakar dan memang pandai mengurut ibu bersalin. Bimbang salah urat. 

3. Jaga kebersihan. 
Kerana selepas bersalin ibu mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. (Jika berlaku harus jumpa doktor.)

4. Jaga pemakanan.
Amalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Elakkan makanan bersifat sejuk seperti kangkung, kacang panjang, kubis, mentimun, terung, petola dan lain lain buat sementara.

Namun pantang makan bergantung kepada penerimaan badan masing masing. Darah lain lain kan. Apapun sentiasa ingat pesanan orang orang tua.

Jika mengalami bentan yang teruk boleh membawa maut dears..

Tiada ulasan:

๐Ÿ‡ฒ ๐Ÿ‡ฆ ๐Ÿ‡ณ ๐Ÿ‡ซ ๐Ÿ‡ฆ ๐Ÿ‡ฆ ๐Ÿ‡น  ๐Ÿ‡ญ ๐Ÿ‡ช ๐Ÿ‡ท ๐Ÿ‡ง ๐Ÿ‡ฆ  ๐Ÿ‡ง ๐Ÿ‡ด ๐Ÿ‡ท ๐Ÿ‡ช ๐Ÿ‡ญ 

Herba boreh mempunyai pelbagai khasiat, terutamanya dalam rawatan tradisional untuk kesihatan dan kecantikan.  Antar...